Dato’ Amizar Bin Abu Adam

Pengarah Urusan IIHSB

Dato’ Amizar Bin Abu Adam yang berkelulusan Professional Masters in Strategic Management and Leadership, Centre for Executive Education and Development (CEED), GSB, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah memulakan perkhidmatan sebagai pengawalan kredit di Kwong Yik Bank Berhad dan telah meneruskan perkhidmatan didalam perkhidmatan perbankan ke RHB Bank Berhad dan berkhidmat sebagai pengawal kawalan Akaun Semasa dan Duti Setem yang mana beliau telah berkhidmat selama 6 tahun bersama perkhidmatan perbankan.

Selepas berkhidmat didalam perbankan, beliau telah memulakan perkhidmatan di syarikat swasta di syarikat pembekal dan perunding kepada PROTON, APSB Tech Holding Sdn. Bhd. dan beliau memegang jawatan Pengurus Besar yang mana beliau mengawal operasi dan kewangan syarikat. APSB Tech Holding Sdn. Bhd. Ialah syarikat pembekal dan perunding kepada PROTON Berhad dimana pihak APSB dilantik untuk melaksanakan sistem dan alat ganti kereta serta penghantaran pembungkusan alat-alat kereta, enjin dan kereta PROTON samada dalam dan luar Negara.

Semasa didalam perkhidmatan sebagai Pengurus Besar syarikat, beliau juga dilantik oleh pengerusi syarikat untuk memantau kesemua anak syarikat yang dipunyai oleh pemegang saham termasuk Mega Teknik Sdn. Bhd, Richbill Freight Sdn. Bhd, Rich Forwarding Sdn. Bhd., Cenzin Wood Sdn. Bhd. dan Trendy Commerce Sdn. Bhd. yang mana beliau telah berkhidmat selama 3 tahun didalam pentadbiran syarikat tersebut secara lansung.

Pada tahun 2006, beliau telah memulakan syarikat sendiri berkaitan perkhidmatan Teknologi Maklumat (ICT) didalam bidang Telekomunikasi dan GIS dibawah syarikat MS GIS SOLUTION SDN. BHD. yang mana syarikat ini dianugerahkan sebagai syarikat bumiputera kedua (2) terbaik Malaysia didalam majlis anugerah pencapaian rakan niaga Telekom 2006.

Bermula dengan pengalaman pengurusan, pentadbiran dan pemasaran yang luas beliau telah dilantik oleh pihak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dan Persatuan Pedagang Usahawan Melayu (PERDASAMA) sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Latihan, Pembangunan Usahawan dan Aduan Usahawan yang mana beliau bertindak untuk melatih, membangunkan produk dan menerima aduan dan menyelesaikan permasalahan usahawan peringkat negeri Selangor dan beliau juga dilantik sebagai Bendahari oleh Dewan Perniagaan Usahawan Agro Malaysia (DPUAM) serta Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Kami Anak Felda (KAF) serta Setiausaha, Biro Teknologi Hijau, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang bertindak menguruskan diseluruh peringkat negeri.

Berlandaskan pengalaman sedia ada, maka beliau telah membuka satu syarikat INTERLINK IMPACT HOLDING SDN. BHD. yang mana memfokuskan beberapa peluang perniagaan seperti Latihan, Pembangunan Produk, Pembangunan Modal Insan, Jati Diri, Teknologi Maklumat dan Pengurus Acara yang boleh memberikan perkhidmatan yang holistik kepada bakal pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat INTERLINK IMPACT HOLDING SDN. BHD. ini.