INTERLINK IMPACT HOLDING SDN. BHD. yang dikenali sebagai IIHSB adalah syarikat milik penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada 07hb Mei 2007.

Asas perniagaan yang dijalankan adalah berbentuk pembangunan modal insan, pembangunan produk, pembangunan ICT, pembinaan banggunan dan juga perkhidmatan pengurus acara serta perkhidmatan perundingan didalam aspek pemasaran, kewangan dan pentadbiran syarikat mahupun agensi kerajaan dan swasta.

IIHSB juga mempunyai kepakaran didalam pembangunan kerjaya dan sosial masyarakat dimana pihak IIHSB melibatkan diri secara lansung didalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat didalam sektor ekonomi, sosial dan politik.

IIHSB juga mempunyai kepakaran dalaman dan jaringan usahasama diantara pertubuhan bukan kerajaan didalam perlaksanaan program melalui teknik, modul dan sylibus yang terbukti berkesan terhadap program yang dikehendaki oleh para pelanggan.

Diantara pelanggan pihak syarikat IIHSB adalah termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran, Majlis Latihan Pertanian kebangsaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor dan agensi-agensi kementerian dan jabatan serta syarikat-syarikat swasta yang memerlukan perkhidmatan syarikat IIHSB.

Objektif Syarikat

Objektif 1

Objektif utama Interlink Impact Holding Sdn Bhd ialah membantu sesebuah organisasi kerajaan atau swasta dan juga masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi untuk mencapai matlamat dan maklumat bagi menjana sosio ekonomi negara.

Objektif 2

Berkongsi maklumat dan pengalaman untuk tujuan pembangunan modal insan didalam perniagaan dan mempertahankan sesebuahm organisasi atau masyarakat untuk melebarkan sayap perniagaan, jual –beli, perkhidmatan selepas jualan, konteks hiburan dan lain-lain

Objektif 3

IIHSB juga memberikan perkhidmatan mengutamakan kualiti yang terbaik untuk para pelanggan agar dapat bersama menjadikan system pembelajaran dan pengetahuan dapat diguna pakai oleh setiap lapisan masyarakat.

Objektif 4

Mempertahankan dan meningkatkan imej, nama, nilai moral dan personaliti sesebuah organisasi swasta dan agensi kerajaan.

Objektif 5

Menyalurkan perkhidmatan yang dinamik dan glokal di mata umum serta dapat menyumbangkan dalam pembangunan ekonomi negara agar menjadikan IIHSB diketahui umum.

Objektif 6

IIHSB juga bermatlamat untuk membangunkan peluang kerjaya dan peluang perniagaan secara holistik.

Maklumat Pengurusan Kumpulan

Dato’ Amizar Bin Abu Adam
Pengarah Urusan

Dato’ Amizar Bin Abu Adam yang berkelulusan Ijazah Perakaunan UITM, telah memulakan perkhidmatan sebagai pengawalan kredit di Kwong Yik Bank Berhad dan telah meneruskan perkhidmatan didalam perkhidmatan perbankan ke RHB Bank Berhad dan berkhidmat sebagai pengawal kawalan Akaun Semasa dan Duti Setem yang mana beliau telah berkhidmat selama 6 tahun bersama perkhidmatan perbankan.

Selepas berkhidmat didalam perbankan, beliau telah memulakan perkhidmatan di syarikat swasta di syarikat pembekal dan perunding kepada PROTON, APSB Tech Holding Sdn. Bhd. dan beliau memegang jawatan Pengurus Besar yang mana beliau mengawal operasi dan kewangan syarikat.

APSB Tech Holding Sdn. Bhd. Ialah syarikat pembekal dan perunding kepada PROTON Berhad dimana pihak APSB dilantik untuk melaksanakan sistem dan alat ganti kereta serta penghantaran pembungkusan alat-alat kereta, enjin dan kereta PROTON samada dalam dan luar negara.

Semasa didalam perkhidmatan sebagai Pengurus Besar syarikat, beliau juga dilantik oleh pengerusi syarikat untuk memantau kesemua anak syarikat yang dipunyai oleh pemegang saham termasuk Mega Teknik Sdn. Bhd, Richbill Freight Sdn. Bhd, Rich Forwarding Sdn. Bhd., Cenzin Wood Sdn. Bhd. dan Trendy Commerce Sdn. Bhd. yang mana beliau telah berkhidmat selama 3 tahun didalam pentadbiran syarikat tersebut secara lansung.

Pada tahun 2006, beliau telah memulakan syarikat sendiri berkaitan perkhidmatan Teknologi Maklumat (ICT) didalam bidang Telekomunikasi dan GIS dibawah syarikat MS GIS SOLUTION SDN. BHD. yang mana syarikat ini dianugerahkan sebagai syarikat bumiputera kedua (2) terbaik Malaysia didalam majlis anugerah pencapaian rakan niaga Telekom 2006.

Bermula dengan pengalaman pengurusan, pentadbiran dan pemasaran yang luas beliau telah dilantik oleh pihak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dan Persatuan Pedagang Usahawan Melayu (PERDASAMA) sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Latihan, Pembangunan Usahawan dan Aduan Usahawan yang mana beliau bertindak untuk melatih, membangunkan produk dan menerima aduan dan menyelesaikan permasalahan usahawan peringkat negeri Selangor dan beliau juga dilantik sebagai Bendahari oleh Dewan Perniagaan Usahawan Agro Malaysia (DPUAM) serta Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Kami Anak Felda (KAF) serta Setiausaha, Biro Teknologi Hijau, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang bertindak menguruskan diseluruh peringkat negeri.

Berlandaskan pengalaman sedia ada, maka beliau telah membuka satu syarikat INTERLINK IMPACT HOLDING SDN. BHD. yang mana memfokuskan beberapa peluang perniagaan seperti Latihan, Pembangunan Produk, Pembangunan Modal Insan, Jati Diri, Teknologi Maklumat dan Pengurus Acara yang boleh memberikan perkhidmatan yang holistik kepada bakal pelanggan yang memerlukan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat INTERLINK IMPACT HOLDING SDN. BHD. ini.

Mengapa Pilih Kami?

Perkhidmatan Terbaik

Kami menawarkan perkhidmatan yang terbaik dalam pelbagai bidang serta memberikan khidmat nasihat (konsultan) secara percuma.

Kualiti Kerja

Kami sangat menekankan kualiti dalam kerja agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Keselamatan

Kami sangat menitik beratkan keselamatan kerja & orang ramai semasa melalukan kerja.

Kami menggunakan terma 3P :-

  • Precaution (Before happens)
  • Pramedic (If Happens)
  • Postmortem (After Happens)

This is a unique website which will require a more modern browser to work! Please upgrade today!